Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, kepada semua penyelaras dan guru-guru Program LINUS. Anda semua telahpun menjalankan Saringan 1 dan 4. Data-data berkaitan dengan Saringan yang telah dijalankan hendaklah diisi ke dalam laman web NKRA.
Walau bagaimanapun sila cetak dan baca betul-betul arahan dalam Manual untuk memasukkan data Saringan. Sekiranya ada masalah dalam memasukkan data, dapatkan bantuan daripada guru-guru data terutamanya untuk mengimport data murid-murid dari Sistem Maklumat Murid (SMM).
Seperkara lagi, yang perlu diberi perhatian ialah tentang maklumat Kohort 1 adalah untuk murid Tahun 2 manakala Kohort 2 adalah untuk murid Tahun 1.
SELAMAT MENYEMPURNAKAN TUGAS DENGAN JAYANYA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan